Macam-macam Kismis

Kismis (Vitis Vinivera) adalah anggur yang dikeringkan. Pada awalnya kismis dibuat dari angur hitam kecil yang di produksi di Yunani. Tapi sekarang kismis diproduksi dari berbagai macam varietas anggur yang dapat menghasilkan kismis berukuran kecil tanpa biji dengan rasa yang enak dan menyehatkan. Kismis telah diolah menggunakan metode alamiah dan dengan cara sedemikian rupa hingga akhirnya dapat dikonsumsi dan menyehatkan tubuh. 

Macam-macam kismis

1.     Kismis Jumbo

Kismis Jumbo

Kismis Jumbo ini berasal daripada Argentina/Chile. Terkenal dengan saiznya yang besar berbanding kismis biasa. Kismis ini mempunyai kadar antioksidaan yang tinggi berbanding saingannya iaitu buah prun. Rasullullah SAW sendiri menggalakkan pemakanan kismis untuk kesihatan oleh kerana khasiatnya yang tinggi. Baik untuk perkembangan minda individu. Kismis Jumbo ini didatangkan dalam dua jenis iaitu Golden Jumbo dan Black Jumbo.

2.    Kismis Jumbo Merah

Kismis Jumbo Merah

Makanan ini tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

3.    Kismis Iran

Kismis Iran

Kismis Iran adalah kismis yang paling terkenal dan paling disukai oleh hampir semua orang termasuk masyarakat Malaysia. Kismis Iran juga sering kali digunakan di seluruh dunia sebagai bahan masakan dan makanan  ringan. Ia juga sangat popular dijadikan Oleh-oleh ibadah haji
dan umrah. Rasanya manis agak kecut dengan warna kuning keemasan. Kismis Iran  berasal dari buah anggur (hijau atau hitam) yang dikeringkan

4.    Kismis Simin

Kismis Simin

Kismis Simin adalah anggur yang dikeringkan dan dapat dimakan langsung atau digunakan dalam masakan. Pada abad 11 masehi. Kismis sangat manis karena memiliki konsentrasi gula yang tinggi, dan jika disimpan lama, gula tersebut akan terkristalisasi di dalamnya.

5.    Kismis Minda

Kismis Minda

Kismis ini diimport dari negara Turki. Rasanya manis(tanpa masam). Saiz bijinya sederhana,tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sesuai jika dikonsumsi oleh anak-anak dan boleh juga dikonsumsi oleh orang dewasa. Gula ringkas dalam kismis telah dikenal pasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini karena  otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

6.    Kismis Hitam

Kismis Hitam

Kismis ini berasal dari America/Iran. Kismis berwarna hitam separuh kering dan ada sedikit biji. Kismis bersaiz besar, berwarna hitam, menpunyai rasa masam manis sesuai untuk minda.
Kismis yang baik dan sehat dikeringkan dengan panas matahari dan tidak dicampur belerang. Ciri-cirinya adalah berwarna lebih hitam pekat, lembab, dan tidak tahan disimpan lama
 

Password Reset

Please enter your e-mail address. You will receive a new password via e-mail.